Ahad, 15 November 2009

Isnin, 2 November 2009

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Blog ini direka khas buat ahli keluarga yang ingin tahu salasilah atau susur galur yang bermula dari nenek moyang yang dikenali sebagai Panglima Ali. Sedikit sejarah tentang beliau. Beliau dikenali dengan nama Ali bin Aki atau gelaran lain Ali Besar. Mengikut cerita orang dulu, beliau merupakan panglima no. 2 tertinggi di aceh pada zaman sebelum aceh diserang Belanda. Beliau dikatakan mempunyai adik beradik yang dianggarkan seramai 5-6 orang. Berasal dari suku 3 batu. Sewaktu Aceh diserang Belanda pada tahun 1873, Beliau dikatakan telah melarikan diri ke semenanjung tanah melayu kerana panglima no.1 aceh pada masa itu telah berpaling tadah kepada kerajaan Aceh. Mengikut pada ceritanya, daripada aceh beliau memulakan perjalanan menuju ke hulu aceh dan kemudian pergi ke pangkali lalu menuju ke siak. Beliau ada membawa bersama barang kepunyaan beliau iaitu keris panjang( sundang), tumbuk lada, tombak dan baju sutera cina beserta seluar panjang. Pada waktu ayam berkokok sekali, beliau telah menyeberangi selat melaka dengan menaiki perahu dan dikatakan telah sampai di Melaka pada sebelum waktu subuh. Setelah selamat menyeberangi Selat Melaka beliau meneruskan perjalanan menuju ke tanjung keling( dulu dikenali sebagai tanjung beruas) kemudian ke bukit rambai atau sungai rambaidi melaka. Masjid tanah adalah destinasi yang dituju seterusnya. Kemudian ke Air Pa'abas. Disinilah beliau dikatakan telah bertemu jodoh lalu berkahwin dengan Dariah Bt. Naam. Setelah berkahwin, beliau bersama isteri telah pergi membawa diri ke kampung Melaka kerana panglima aceh yang berpaling tadah itu sedang mencari beliau di Melaka. Beliau dikatakan orang yang pertama membuka kampung Melaka. Yang kini dikenali dengan nama kampung melaka bt. 9 cheras, kajang. Beliau membina rumah dan terus menetap disini sehingga mangkat. Tahun 1909 adalah tahun yang tercatat pada geran tanah rumah yang beliau duduki. Difahamkan beliau mempunyai anak seramai 7 orang yang dikenali sebagai:
1- MAK LONG TEMAH
2- MAK NGAH JEKNAH
3- ALANG ABU
4- UTEH SENAH
5- meninggal masa muda
6- MAKCIK WOK@ BURUK
7- BUSU AWALUDDIN @ LUDIN
maklumat ini di perolehi daripada arwah "pak teh" atau Samah anak kepada Alang Abu.